Wednesday 28 December 2011

PeLuang Kedua


Assalamualaikum…
Anda tahu?
Perkara paling susah ialah nak menerima orang untuk diletakkan dalam satu tempat yang istimewa di hati kita….
kenapa?
kerana kita tak pasti samada si dia benar-benar ikhlas untuk memiliki kita ataupun hanya sekadar suka-suka…

namun, setelah sekian lama si dia menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya kita setuju untuk menerimanya. lantas, kita meletakkannya di tempat yang teristimewa dalam hati kita dan secara tidak langsung, kita juga menutup pintu hati kita untuk orang lain…
tetapi….
ternyata kita terpedaya dengan sandiwaranya yang selama ini berpura-pura mengambil berat pasal kita, kononnya menyayangi kita seadanya…
secara tidak sedar, banyak pembohongan yang dilakukannya olehnya…dan pembohongan itu benar-benar merobek hati kita…
jika sebelum ini kita susah untuk menerima orang lain…tentunya sekarang lagi sukar bagi kita untuk menerima, mempercayai dan menyayangi orang lain lagi kerana kita pernah melalui detik-detik yang mengecewakan dalam hidup kita…
oleh itu…
pesanan saya kepada kalian yang suka mengecewakan orang lain…
janganlah kalian semua senang-senang mempermainkan orang lain kerana, satu hari nanti, kalian juga akan menerima nasib yang sama…
peluang yang pertama tidak selalu datang dalam hidup kita…jadi, gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya…
peluang yang kedua, jarang-jarang hadir dalam hidup kita…jadi, kalau kalian mendapat peluang yang kedua, hargailah sebaiknya, jangan sia-siakannya kerana selalunya, peluang kedua adalah peluang yang terakhir dalam hidup kita…

bagi saya, tiada peluang kedua setelah kamu kehilangan peluang yang pertama…
Love,
kekasih yang x dianggap...
sesuai la aku dengan nama itu kerana aku selalu meninggalkan dan ditinggalkan...