Monday 19 March 2012

Minda Kaya Vs Minda Miskin




Assalamualaikum..Kawan2..saya nk sharing ni...
Kali ini saya ingin berkongsi informasi bagaimana minda memainkan peranan yang cukup penting dalam hala tuju seseorang itu. Ramai yang beranggapan minda kita kalau selalu digunakan, ianya akan rosak dan menjadi lesu atau letih kerana asyik terlalu banyak berfikir. Minda kita boleh diperumpamakan sebagai enjin kereta. Apakah yang akan terjadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan tinggal lama tanpa dihidupkan? Jawapannya – ianya akan menjadi semput, susah nak hidup malah adakalanya tak boleh hidup langsung. Begitu jugalah dengan minda kita. Sebenarnya, minda kita akan menjadi lebih effisien dan lebih sihat sekiranya kita lebih banyak berfikir. Begitulah caranya untuk menggerakkan momentum untuk menuju kejayaan. Walaubagaimanapun, minda kita bergantung kepada cara berfikir seseorang itu. Saya boleh mengkategorikan minda kepada dua kategori iaitu minda kaya dengan minda miskin. Dalam coretan saya kali ini membincangkan perbezaan antara minda kaya dengan minda miskin. Walaubagaimanapun ianya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin ataupun sebaliknya, no right and no wrong, bergantung kepada penerimaan dan pemahaman kita terhadap isu ini.
  1. Think Big
  2. Minda Kaya fikir besar, minda miskin fikir kecil Minda kaya selalu memikirkan kejayaan yang besar. “Think Big” itulah yang sentiasa difikirkan oleh minda kaya. Matlamat yang sentiasa disasarkan oleh minda kaya bukan matlamat yang biasa malah matlamat yang luar biasa-iaitu matlamat besar yang jarang difikirkan oleh minda miskin.
    “Shoot for the stars, if you don’t get it, you still get the moon”
    Dengan matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus yang hendak dituju. Minda itu jugalah yang akan memaksa diri untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan. Minda kaya akan menetapkan matlamat setinggi bintang. Berbeza dengan miskin yang menetapkan matlamat yang kecil malah yang sedihnya ada juga yang tidak ada matlamat langsung! Tiada matlamat samalah seperti menembak ditengah kegelapan malam, tiada arah sasaran walaupun menggunakan senapang yang canggih sekalipun! Minda miskin akan menetapkan matlamat yang kecil sebolehnya sebab takut tidak berupaya untuk mencapainya. Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jangka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
  3. Pelbagai Pilihan
  4. Minda kaya banyak pilihan, minda miskin hanya satu pilihan Minda miskin sentiasa hanya ada satu pilihan sahaja ditangan. Sebagai contoh – ingin memulakan perniagaan atau bekerja makan gaji, ingin kekayaan atau kebahagiaan, ingin A atau B. Sentiasa di minda miskin hanya ada satu pilihan sahaja. Biasanya dikekang oleh perkataan atau. Perkataan atau ini yang menyebabkan minda miskin tidak boleh memilih kedua-duanya sekali. Mengapa tidak menjalankan bisnes sambil bekerja? mengapa tidak mencari kekayaan sambil mengecap kebahagiaan? mengapa tidak A dan B? Itulah perbezaannya antara minda kaya dengan minda miskin yang mana minda kaya sentiasa mempunyai banyak pilihan. Tiada siapa yang mahu hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
  5. Berfikiran Positif
  6. Minda kaya berfikiran positif, minda miskin berfikiran negatif Minda kaya sentiasa berfikiran positif dalam cara hidup mereka. Sekiranya mereka ditimpa musibah, masalah dan kesusahan, mereka tetap berfikiran positif yang mana ianya adalah cobaan dari yang Maha Esa dan hanya bersifat sementara. Dan sekiranya mereka dikurniakan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan mereka tidak putus-putus bersyukur terhadap pemberian Allah hasil dari usaha gigih mereka. Manakala minda miskin akan merungut sekiranya mereka diberikan cobaan seperti kesusahan dan kesulitan seolah-olah mangsa keadaan dan lebih malang lagi mereka menyalahkan takdir! Dan minda miskin ini akan lupa daratan sekiranya dikurniakan Tuhan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan. Harap kita bukan dalam golongan sebegitu!
  7. Inspirasi
  8. Minda kaya juga melihat orang kaya dengan penuh inspirasi. Mereka mendapat rangsangan dan motivasi setelah melihat kejayaan orang kaya dan berfikiran suatu hari nanti dia juga akan menjadi seperti orang kaya itu. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif. Manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan iri hati dan hasad dengki. Mereka akan berfikiran negatif seperti “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau“Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”. Minda miskin akan sentiasa memenuhi kotak fikiran dengan nilai negatif(-). Segala yang negatif digambarkan kepada orang kaya tersebut sehinggakan dirinya sendiri takut untuk menjadi kaya takut-takut orang lain juga akan berfikiran seperti itu sekiranya dia menjadi kaya. Akhirnya pemikiran negatif itu memakan diri sendiri! Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda.
  9. Bergaul dengan orang kaya
  10. Minda kaya bergaul dengan orang kaya, minda miskin bergaul dengan orang miskin Minda kaya sentiasa berdamping dengan orang kaya dan berjaya. Mereka akan sentiasa mengelilingi dan dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Minda kaya ini merasakan sekiranya bergaul dengan orang yang hebat akan membawa mereka menjadi lebih hebat. Kajian menyatakan bahawa 85% kejayaan adalah berdasarkan kepada faktor mereka yang berada disekeliling kita. Oleh itu, minda kaya akan sentiasa berdamping dengan mereka yang mempunyai misi, visi dan matlamat agar kita juga akan dimotivasikan kearah kejayaan. Manakala minda miskin bergaul hanya segolongan mereka yang juga mempunyai minda miskin yang sama dan tidak mahu bergaul dengan minda orang yang berjaya. Mereka beranggapan orang kaya mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada mereka, dan tidak layak bagi mereka bergaul dengan orang kaya berjaya itu. Maka mereka lebih senang bergaul sesama mereka yang mempunyai minda miskin.
  11. Fokus kepada peluang
  12. Minda kaya fokus kepada peluang, minda miskin fokus kepada halangan Minda miskin akan sentiasa fokus kepada masalah dan halangan yang manjadi kekangan untuk tidak mampu maju dan berjaya. Mereka akan berkata itu tidak boleh.. ini tidak boleh.. jadi semuanya tidak boleh.. semuanya ada saja halangan yang bakal menimpa. Mereka ini tidak mahu berfikir diluar kotak bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Berbeza dengan minda kaya, mereka ini akan sentiasa fokus kepada penyelesai masalah tersebut. Mereka akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi halangan dan rintangan yang akan dihadapi. Dalam ertikata lain minda kaya ini sentiasa mencari peluang atas segala permasalahan yang timbul. Minda kaya ini sentiasa mencari masalah, kerana mereka ini adalah penyelesai masalah. Maka masalah lah adalah peluang kepada mereka ini. Mereka akan sentiasa kreatif dan inovatif untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah berjaya mengatasi masalah tersebut mereka akan berfikir diluar kotak pemikiran minda miskin dengan berfikir bagaimana menjadikan sesuatu itu lebih baik. Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihatkerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
Jadi kesimpulannya adalah minda kaya adalah minda yang sentiasa digunakan oleh orang yang kaya dan berjaya dengan hebat. Sentiasalah berfikir untuk lebih maju. Lebih banyak anda berfikir menggunakan minda kaya, lebih effisien minda dan pemikiran anda! Minda yang effisien akan memberikan idea-idea yang bernas yang tidak pernah anda fikirkan. InsyaAllah.
Jumpa lagi yang ikhlas..
p/s:kepuasan Hidup Yang Dicari Ialah Apabila Kita dapat MenyakitkaN ati Orang LAin DenGAn Kejayaan Kita didunIa Dan Akhirat..MemperlekehKan Orang Yg Berjaya Atas Usahanya sendiri Adalah dari Golongan Yg Minda Miskin...